Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah,pada minggu ini sudah memasuki minggu ke-12 sesi pembelajaran saya dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna tinggal 2 minggu sahaja lagi kelas ini akan tamat. Semakin dekat hendak tamat semakin banyaklah kerja yang diberikan. Walaupun banyak kerja yang hendak dilakukan,sebagai pelajar saya perlulah tabahkan hati demi untuk mencapai kejayaan.
Pada minggu ini kelas Komputer Dalam Pendidikan ini dibatalkan disebabkan oleh Pensyarah kami Puan Fariza Binti Khalid tidak sihat dan mengambil cuti sakit. Sungguhpun begitu,beliau telah meninggalkan sedikit tugasan kepada kami di facebook Groups. Tugasan tersebut ialah mengenai CASPER.
Persoalannya,apakah itu CASPER?
CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.
Prinsip reka letak CASPER( Principle of Layout CASPER )
merupakan panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi
dan video pada sesuatu persembahan yang dapat meransang
perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakkan dengan
media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang kurang
menarik.
(i) Contrast ( perbezaan yang ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangunan perisian perlulah memilih warna yang kontra ( warna gelap dengan warna terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dan kasar,tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.
Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
- font jenis besar dan jenis kecil
- font berlainan muka taip
- garis halus dan garis kasar
- warna sejuk dan warna hangat
- tekstur licin dan tekstur kasar
- unsur mendatar dan unsur menegak
- garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
- garis kecil dan garis besar
(ii) Alignment ( susunan Lurus )
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Pembangunan perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dala mprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.
(iii) Simplicity ( Mudah )
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat meransangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan meransangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar.
(iv) Proximity ( Berhampiran )
Dalam pinsip proxitimy item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item.Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item- item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.
(v) Emphasis ( Penekanan )
Pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekana terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangunan perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihatkan supaya pembangunan perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan.
(vi) Repetition ( Pengulangan )
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisian kursus termasuk
- Saiz teks dan objek
- Bentuk teks dan objek
- Susun atur teks dan objek
- Warna teks, warna objek dan warna latar
- Grafik dan animasi
Puan Fariza menyuruh kami mencari maklumat tentang cara membuat persembahan bahan yang berkesan dengan menggunakan kaedah seperti CASPER atau GUI. Kemudian maklumat- maklumat tersebut perlu dimasukkan ke dalam Open Office Impress untuk dijadikan Rule For Good Presentation Skill.
Sekian,terima kasih.
MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI