Wednesday, September 26, 2012
Refleksi pembelajaran minggu 1 dan 2
REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU PERTAMA DAN MINGGU KEDUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Mohd Saiful Bin Johare pelajar tahun 1 Program Sukan dan Rekreasi. Pada semester ini saya diwajibkan untuk mengambil matapelajaran Komputer dalam pendidikan. Subjek ini merupakan pengakplikasian bidang ICT dalam pendidikan.
Pada minggu pertama saya menghadiri kelas ini, saya telah mempelajari banyak perkara tentang bidang ICT ini. Antara perkara yang saya pelajari pada minggu ini ialah cara-cara membuat blog,emel yahoo group,emel yahoo,facebook,emel facebook group dan google. Semua perkara ini merupakan perkara baharu bagi saya kerana sebelum ini saya kurang mahir mengenainya malah ada sesetengah laman sosial itu saya tidak pernah ada. Pada mulanya saya agak susah untuk mempelajari semua ini kerana saya jarang menggunakan laman-laman sosial tersebut tetapi Alhamdulillah dengan pertolongan Puan Fariza Khalid iaitu pensyarah bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan ini dan kawan-kawan,saya dapat mengetahui serba sedikit tentang laman-laman sosial ini.
Dalam sesi pembelajaran tersebut Pn.Fariza telah banyak menerangkan cara-cara membuat akaun laman-laman sosial tersebut,cara-cara menggunakannya dengan betul dan fungsinya kepada pelajar. Melalui penerangan beliau,ianya sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai bidang ICT ini. Melalui penerangan beliau ini juga dapat menghapuskan tanggapan saya sebelum ini yang menyatakan bahawa laman sosial ini sekadar suka-suka dan bertujuan untuk berseronok sahaja. Sekarang saya menyedari bahawa tanggapan saya itu salah kerana laman-laman sosial tersebut bukan sahaja membantu kita malah menjadi medium untuk kita menyalurkan maklumat kepada orang lain. Sebagai contoh segala maklumat atau tugasan yang diberikan oleh beliau akan disalurkan dalam laman-laman sosial ini seperti yahoo group dan facebook group kepada kita. Hal ini akan menjadi lebih mudah jika dibandingkan mengadakan perjumpaan untuk memberitahu sesuatu.
Saya berharap proses pembelajaran akan datang dapat saya fahami dengan lebih baik. Saya juga berharap Pn.Fariza akan membimbing saya dan rakan-rakan yang lain dalam proses pembelajaran akan datang kerana kami bimbang akan keliru atau runsing sekiranya tidak dibimbing seperti dalam kata pepatah ibarat kapal tanpa nahkoda. Segala ilmu yang diberikan oleh Pn. pada minggu ini akan saya terapkan pada minggu-minggu yang akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pn.Fariza dan juga rakan-rakan di atas pertolongan dan tunjuk ajar anda semua kepada saya pada minggu ini. Segala pertolongan dan tunjuk ajar anda semua amat saya hargai.
Sekian terima kasih.
Mohd Saiful Bin Johare
Pendidikan Sukan dan Rekreasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment