Thursday, November 8, 2012

Refleksi Pembelajaran minggu ke-8

     
        Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Sedar tidak sedar sudah masuk minggu kelapan sesi pembelajaran saya bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna sudah separuh perjalanan sesi pembelajaran saya bagi subjek ini. Walaupun kerja yang diberikan semakin bertambah setiap minggu, saya tetap akan menyiapkannya meskipun mengambil masa yang agak lama. Pada minggu lepas kita bercakap tentang Survey Monkey. Tugasan Survey Monkey yang diberikan oleh Puan Fariza telahpun siap. Sesi pembelajaran pada minggu ini pula merupakan kesinambungan daripada proses Survey Monkey. Pada minggu ini Puan Fariza menerangkan tentang SPSS ( Statistical Product and Service) iaitu salah satu pakej statistik paling popular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks dengan arahan yang mudah . Dengan kata mudahnya, SPSS memudahkan analisa sesuatu kaji selidik tanpa menganalisa secara manual . Sebagai contoh, SPSS digunakan selepas kami menyiapkan tugasan questionnaire menggunakan 'surveymonkey' pada minggu lepas . 


SPSS mempunyai 4 window

1) data editor
2) output viewer
3) syntax editor
4) script window

Cara-cara hendak membuka SPSS







Tekan 

Start > All Programs > SPSS Inc > SPSS 16.0 > SPSS 16.0 


Selepas itu anda akan dapat melihat 2 lembaran daripada windows tersebut.

A) Data view 
B) Variable view





Data View ini boleh dikatakan lembaran yang mempunyai data yang kita telah masukkan.

Variable View pula adalah lembaran yang mempunyai maklumat tentang set data. Ia mempunyai 7 colum di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat :


  • Name
  • Type 
  • Width
  • Decimal
  • Label
  • Value  
Bagi memudahkan para pengguna,pelbagai jenis kaedah analisis data yang disediakan seperti pie chart,histogram dan bar chart. Ia juga menyediakan satu jadual dimana terdapat bacaan dalam frequency,percent,valid percent dan cumulative frequency.

Apabila saya sudah kenal dan faham cara-cara untuk mengunakannya,saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat analisis jawapan responden berdasarkan soal selidik yang telah kami jalankan pada minggu yang lepas dengan menggunakan SPSS. Kemudian kami membuat laporan tentang analisis tersebut. Laporan ini merupakan tugasan pada minggu hadapan iaitu minggu kesembilan.

Sekian Terima kasih..


MOHD SAIFUL BIN JOHARE 
SUKAN DAN REKREASI 

No comments:

Post a Comment