Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pada 22 november 2012 yang lepas sudah genap 10 minggu sesi pembelajaran kami dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami mempelajarinya. Ilmu yang kami pelajari pada minggu ini oleh Puan Fariza ialah berkisarkan tentang Multimedia Dalam Pendidikan. Hal ini merupakan ilmu baharu kepada kami memandangkan sebelum ini kami belum mempelajarinya.
Persoalannya apa itu Multimedia?
Perkataan Multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Medium. Multi bermaksud pelbagai ataupun banyak. Manakala Media pula bermaksud alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk komunikasi massa seperti majalah,surat khabar atau televisyen. Gabungan kedua-dua perkataan itu menjadi Multimedia yang bermaksud suatu proses komunikasi interaksi berasakan komputer yang merangkumi penggunaan elemen media seperti teks, audio, video, animasi dan grafik.
1) Teks
Teks merupakan elemen multimedia yang paling penting kerana teks adalah cara yang paling efektif dalam mengemukakan idea kepada penerima kerana cara penyampaiannya lebih mudah difahami.
2) Audio
Audio membuatkan multimedia lebih mudah difahami. Audio adalah bunyi dan diadaptasikan dalam bentuk percakapan, muzik dan kesan bunyi.
Format audio terdiri daripada beberapa jenis :-
-Mp3
-MIDI
-AAC
-WAV
3) Grafik
Grafik adalah bentuk gambar di dalam multimedia untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang dijelaskan dengan kata-kata.
4) Animasi
Animasi merupakan suatu teknik yang menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilusi gerakan pada gambar yang ditampilkan. Perubahan seperti perubahan warna pun dapat dikatakan sebagai sebuah animasi.
5) Video
Video membuatkan aplikasi multimedia lebih menarik. Video dapat menerangkan perkara yang sukar difahami melalui kata-kata dan dapat menggambarkan sesuatu itu dengan lebih jelas.
Format File Untuk Grafik
-BMP
BMP menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolusinya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz fail yang besar.
-JPEG
Kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolusinya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file daripada JPEG kepada BMP dan sebagainya.
-PNG
PNG adalah format gmbar yang sangat baik untuk grafik internet kerana menyokong ketelusan dalam pelayar (browser) dan mempunyai keindahan tersendiri.
Selepas Puan Fariza menerangkan tentang multimedia dan jenis-jenis grafik itu,beliau menerangkan pula kepada kami 5 aplikasi untuk menghasilkan produk multimedia.
Antara 5 aplikasi tersebut ialah:
1) Smart Art ( PowerPoint )
2) Microsoft Paint
3) Online Google Draw
4) Open Office Draw
5) GIMP ( GNU Image Manipulation Program )
GIMP
Definisi
GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.Perisian Gimp ini lebih ringan kalau dibandingkan dengan adobe photoshop (PS) yang memerlukan Ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D. Walaupun GIMP ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki PS dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh GIMP. Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama PS. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. GIMP boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya.
Kelebihan GIMP :-
-Boleh digunakan di PC yang SO-nya Windows, Linux, dan Mac OS
.-Percuma
.-Aplikasinya ringan dan boleh digunakan di komputer yang menggunakan spesifikasi rendah / minimum sekalipun
.-Pemilihan gambar / photo lebih mudah
.-Mengimport / mengeksport gambar / foto ke sambungan SVG.
-Boleh membuat gambar animasi.
-Mampu gambar atau foto memaparkan dari berbagai macam format fail.
-Mengedit layer teks lebih mudah.
-Menyokong pelbagai format fail.
-Boleh ditambahkan pulg-in layaknya Adobe Photoshop tetapi plug-in-nya percuma.
-Jika anda kurang sesuai dengan paparan awalnya, maka anda boleh menggantikannya.
-Bersifat Open Source.
Kekurangan GIMP :-
-Hanya menyokong 8 bits per-channel.
-Masih sedikit plug-in yang tersedia.
Berikut adalah serba sedikit ilmu yang saya pelajari dan perolehi pada minggu ini. Saya berharap ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan praktikkan pada masa-masa akan datang. Sekian terima kasih.
MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI
No comments:
Post a Comment