Wednesday, October 3, 2012

Refleksi minggu ke-3


               
                                          REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-3






                                                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

     Pada minggu ke-3 ini, Puan fariza Khalid iaitu pensyarah bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan bagi kumpulan S1K5 tidak dapat hadir ke kelas kerana beliau ada urusan di Brunei. Oleh itu tugasan beliau sebagai pengajar diganti oleh Dr Siti Fatimah Binti Mohamad Yassin iaitu penyelaras bagi subjek ini. Dr Siti telah hadir ke kelas untuk menerangkan tentang satu lagi perisian komputer serta memberi tugasan baharu kepada kami. Perisian komputer itu ialah DropBox.

     Pada permulaan kelas Dr Siti menyuruh kami untuk membuat akaun DropBox tersebut. Cara membuat akaun tersebut sama sahaja seperti membuat akaun-akaun lain seperti akaun facebook atau akaun yahoo.




Aplikasi DropBox merupakan aplikasi yang boleh menyimpan maklumat atau data dengan selamat tanpa sebarang kehilangan atau serangan virus. Aplikasi ini juga jauh lebih baik daripada penggunaan USB drive yang mendatangkan risiko kehilangan,kecurian dan serangan virus. Dengan menyimpan data atau maklumat dalam DropBox,ianya akan lebih selamat. Aplikasi ini bukan sahaja boleh menyimpan data malah boleh juga menyimpan gambar ataupun video.

     Selepas kami membuka akaun DropBox,Dr.Siti memberi satu lagi tugasan iaitu menyuruh kami mencari maklumat mengenai CMS/LMS ( Course/Learning Management System). Beliau menyuruh kami mencari maklumat mengenai sistem itu melalui enjin pencarian sama ada google ataupun yahoo. Segala maklumat yang akan kami perolehi itu akan disebarkan melalui medium Yahoo Group yang telah dibuat pada minggu lepas untuk dikongsi oleh rakan-rakan yang lain. Tugasan yang diberikan pada minggu ini agak susah kerana maklumat yang diberikan dalam enjin pencarian berbahasa inggeris. Oleh itu kami perlu terjemahkannya dalam bahasa melayu. Itu yang menjadi masalah kepada kami disamping untuk memahami apa itu CMS/LMS. Berikut adalah maklumat tentang LMS/CMS yang didapati daripada enjin pencarian Google :

       LMS(Learning Management System) atau Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah satu aplikasi perisian untuk menguruskan pentadbiran,penggunaan layan diri,menghimpun dan menyampaikan pembelajaran secara pesat,menyatukan sumber latihan berskala,sokongan mudah alih,memperibadikan maklumat dan menyediakan latihan pembelajaran secara web atau talian. Sebagai contoh LMS di UKM ialah i-folio.



Antara kelebihan LMS
1) pelajaran berpusat
- Semua pelajar boleh mengakses LMS pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pelajar itu berada serta mempunyai sambungan internet.
-Selain itu LMS memastikan pelajar mendapat maklumat yang tepat dan sama walaupun mengakses LMS di tempat yang berbeza.

2) Laporan meningkatkan prestasi
-LMS membolehkan tenaga pengajar/ sebuah organisasi melihat perjalanan pembelajaran,mengesan kemajuan,rekod kajian pembelajaran dan boleh menambah informasi & kursus-kursus tambahan.

3)penilaian segera
-tenaga pengajar boleh menyemak rekod keputusan para pelajar untuk menentukan tahap kejayaan dan masa sebenar yang diambil oleh seseorang pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

4) Interaksi antara satu sama lain
-pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi secara terus dengan pensyarah serta pensyarah boleh meletakkan latihan atau kuiz melalui LMS. Sebarang keraguan pelajar boleh bertanya terus kepada pensyarah.








CMS(Course Management System) atau sistem pengurusan kursus dikuatkuasakan oleh Blackboard yang juga berasaskan web. Ia adalah bertujuan untuk membolehkan tenaga pengajar dan pelajar menyampaikan:
1) bahan-bahan kursus
2)mengemukakan tugasan
3)ujian
4)gred
5)pandangan
6)aktiviti kuiz
7)perkongsian maklumat

Fungsi CMS
1) satu kawasan fakulti boleh menghantar bahan-bahan kelas seperti sukatan pelajaran,tugasan dan lain-lain.

2) satu e-mel bersepadu membolehkan pelajar mengemukakan pengumuman dan mesej kepada seluruh kelas tentang pembelajaran.

3) satu alat komunikasi untuk pelajar membincangkan masalah,mengemukakan pendapat serta maklumat dan menambah info-info baru.




     











   
                  Contoh CMS bagi UKM




        Kemudian Dr.Siti memberi satu lagi tugasan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 2 orang ahli. Tugasan ini merupakan tugasan pada minggu ke-4. Beliau memberi tugasan itu pada minggu ini kerana pada minggu hadapan Pn.Fariza pula akan mengambil alih tugas beliau itu. Pn.Fariza yang akan membimbing kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan itu. Tugasan itu ialah beliau menyuruh kami mencari maklumat tentang 21st Century Skills,Thinking skills and ICT,Internet and computer Security,Original and licensed software,Open Source Software,Web 2.0 in education atau E-Learning&Mobile learning. Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan salah satu daripada tajuk itu. Saya dan rakan saya Firdaus Hanafi diberi tugasan bertajuk Open Source Software. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat mengenai tajuk masing-masing. Kemudian dikongsi dan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Tugasan ini sama sahaja seperti tugasan mencari maklumat mengenai CMS/LMS cuma perbezaannya adalah secara berkumpulan dan individu.

      Pada pendapat saya minggu ini penuh dengan tugasan dan tugasannya agak mencabar. Oleh itu saya berharap tugasan ini dapat disiapkan sebelum tugasan lain diberikan pada minggu-minggu yang akan datang. Saya juga berharap Pn.Fariza dapat menolong dan membimbing kami bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Sekian terima kasih.


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI





















No comments:

Post a Comment