Tuesday, December 18, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-13

                       Assalamualaikum dan salam sejahtera

       Pada minggu ini Puan Fariza telah menerangkan cara-cara hendak membuat presentation menggunakan Microsoft PowerPoint. Walaupun kami telah pun mengetahui cara- cara menggunakan Microsoft PowerPoint ini tetapi Puan Fariza menyuruh kami membuat presentation berdasarkan tajuk- tajuk yang lepas. Tajuk bagi saya ialah Open Source Software.



        Tugasan terbaru ini ialah secara berkumpulan. Kelainan yang terdapat dalam tugasan pada minggu ini ialah Puan Fariza menyuruh kami membuat Hyperlink di dalam Slideshow tersebut dan membina 4 atau 5 soalan berdasarkan tajuk masing- masing. Hal ini merupakan satu pembaharuan bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakan Hyperlink dalam PowerPoint.










Langkah - langkah untuk meletakan hyperlink didalam slide

1. Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin hubungkan kepada slide yang lain.

2. Klik pada butang 'insert' 

                                                  








3. Klik 'hyperlink'

4. Kemudian Klik 'place in this document'




5. Klik pada slide yang diingini


6. Kemudian Klik 'ok'


7. Dan selesai.





     Ini merupakan hasil kerja yang saya lakukan berdasarkan tugasan yang diinginkan oleh Puan Fariza pada minggu ini. Tugasan ini juga saya telah upload kn share dalam yahoo Group dan dropbox.









Sekian terima kasih 


MOHD SAIFUL BIN JOHARE 
SUKAN DAN REKREASI 













Refleksi Pembelajaran Minggu ke-12


                       Assalamualaikum dan salam sejahtera

       Alhamdulillah,pada minggu ini sudah memasuki minggu ke-12 sesi pembelajaran saya dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna tinggal 2 minggu sahaja lagi kelas ini akan tamat. Semakin dekat hendak tamat semakin banyaklah kerja yang diberikan. Walaupun banyak kerja yang hendak dilakukan,sebagai pelajar saya perlulah tabahkan hati demi untuk mencapai kejayaan.

       Pada minggu ini kelas Komputer Dalam Pendidikan ini dibatalkan disebabkan oleh Pensyarah kami Puan Fariza Binti Khalid tidak sihat dan mengambil cuti sakit. Sungguhpun begitu,beliau telah meninggalkan sedikit tugasan kepada kami di facebook Groups. Tugasan tersebut ialah mengenai CASPER.

Persoalannya,apakah itu CASPER?    


CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.




Prinsip reka letak CASPER( Principle of Layout CASPER )
merupakan panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi
dan video pada sesuatu persembahan yang dapat meransang
perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakkan dengan
media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang kurang
menarik.

(i) Contrast ( perbezaan yang ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangunan perisian perlulah memilih warna yang kontra ( warna gelap dengan warna terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dan kasar,tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.
Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara


  1.  font jenis besar dan jenis kecil 
  2.  font berlainan muka taip 
  3. garis halus dan garis kasar 
  4. warna sejuk dan warna hangat 
  5. tekstur licin dan tekstur kasar 
  6. unsur mendatar dan unsur menegak 
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  8. garis kecil dan garis besar 



(ii) Alignment ( susunan Lurus )
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Pembangunan perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dala mprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.




(iii) Simplicity ( Mudah )
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat meransangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan meransangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar. 



(iv) Proximity ( Berhampiran )
Dalam pinsip proxitimy item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item.Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item- item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah. 




(v) Emphasis ( Penekanan )
Pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekana terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangunan perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihatkan supaya pembangunan perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan. 

(vi) Repetition ( Pengulangan ) 
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media. 
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisian kursus termasuk 
  • Saiz teks dan objek 
  • Bentuk teks dan objek 
  • Susun atur teks dan objek 
  • Warna teks, warna objek dan warna latar
  • Grafik dan animasi 


      Puan Fariza menyuruh kami mencari maklumat tentang cara membuat persembahan bahan yang berkesan dengan menggunakan kaedah seperti CASPER atau GUI. Kemudian maklumat- maklumat tersebut perlu dimasukkan ke dalam Open Office Impress untuk dijadikan Rule For Good Presentation Skill.  
Sekian,terima kasih. 


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI 









     

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-11



              Assalamualaikum dan salam sejahtera


      Pada minggu ini kelas bagi Subjek Komputer Dalam Pendidikan bermula agak lewat daripada kebiasaannya kerana Puan Fariza iaitu Pensyarah kami ada sedikit tugas yang hendak diselesaikan oleh beliau. Walaupun kelas bermula lewat, namun proses pembelajaran kami tetap berjalan seperti biasa. Pada minggu ini Puan Fariza menerangkan tentang penggunaan Microsoft Office Publisher. Sungguhpun saya pernah menggunakan Microsoft ini, namun penerangan yang diberikan oleh Puan Fariza lebih memahamkan saya akan penggunaannya.


 Tugasan yang diberikan oleh Puan Fariza pada minggu ini ialah beliau menyuruh kami membuat brochure dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Brochure yang dilakukan perlulah berkisarkan tajuk yang telah diberikan kepada kami pada minggu ke-5. Tajuk yang diberikan pada saya pada minggu itu ialah Open Source Software. Kini tugasan tersebut dilakukan dalam Microsoft Office Publisher pula.


    Microsoft Office Publisher dipilih kerana Microsoft ini mempunyai brochure tersendiri dan sesuai untuk melakukannya.

      Brochure merupakan salah satu aplikasi bahan bacaan yang digunakan oleh orang ramai untuk memperkenalkan sesuatu produk atau pemberitahuan tentang sesuatu perkara kepada orang ramai melalui isi- isi penting yang telah dimasukkan ke dalamnya. Brochure ini terdapat dalam pelbagai jenis. Ada yang mempunyai tiga lipatan yang mana mempunyai enam halaman untuk ditaip. Bagi menghasilkan brochure yang menarik,kita boleh memasukkan gambar, memilih warna dan boleh juga menukar design mengikut cita rasa masing- masing.


Berikut adalah Brochure yang terdapat dalam Microsoft Publisher :





 








Terdapat pelbagai jenis dan corak brochure yang telah disediakan. Jadi, saya perlu memilih salah satu brochure yang berkenan dihati untuk membuat tugasan.













    Dibawah ini merupakan brochure yang bertajuk Open Source Software yang telah saya hasilkan menggunakan Microsoft Office Publisher :















Sekian terima kasih.


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI







Wednesday, November 28, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-10





                   Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Alhamdulillah, pada 22 november 2012 yang lepas sudah genap 10 minggu sesi pembelajaran kami dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami mempelajarinya. Ilmu yang kami pelajari pada minggu ini oleh Puan Fariza ialah berkisarkan tentang Multimedia Dalam Pendidikan. Hal ini merupakan ilmu baharu kepada kami memandangkan sebelum ini kami belum mempelajarinya.

    Persoalannya apa itu Multimedia?

     Perkataan Multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Medium. Multi bermaksud pelbagai ataupun banyak. Manakala Media pula bermaksud  alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk komunikasi massa seperti majalah,surat khabar atau televisyen. Gabungan kedua-dua perkataan itu menjadi Multimedia yang bermaksud suatu proses komunikasi interaksi berasakan komputer yang merangkumi penggunaan elemen media seperti teks, audio, video, animasi dan grafik.

1) Teks
Teks merupakan elemen multimedia yang paling penting kerana teks adalah cara yang paling efektif dalam mengemukakan idea kepada penerima kerana cara penyampaiannya lebih mudah difahami.


2) Audio
Audio membuatkan multimedia lebih mudah difahami. Audio adalah bunyi dan diadaptasikan dalam bentuk percakapan, muzik dan kesan bunyi.
 Format audio terdiri daripada beberapa jenis :-
-Mp3
-MIDI
-AAC
-WAV


3) Grafik
Grafik adalah bentuk gambar di dalam multimedia untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang dijelaskan dengan kata-kata.


4) Animasi
Animasi merupakan suatu teknik yang menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilusi gerakan pada gambar yang ditampilkan. Perubahan seperti perubahan warna pun dapat dikatakan sebagai sebuah animasi.


5) Video
Video membuatkan aplikasi multimedia lebih menarik. Video dapat menerangkan perkara yang sukar difahami melalui kata-kata dan dapat menggambarkan sesuatu itu dengan lebih jelas.



Format File Untuk Grafik

-BMP
BMP menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolusinya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz fail yang besar.


-JPEG
Kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolusinya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file daripada JPEG kepada BMP dan sebagainya.


-PNG
PNG adalah format gmbar yang sangat baik untuk grafik internet kerana menyokong ketelusan dalam pelayar (browser) dan mempunyai keindahan tersendiri.   
   
     Selepas Puan Fariza menerangkan tentang multimedia dan jenis-jenis grafik itu,beliau menerangkan pula kepada kami 5 aplikasi untuk menghasilkan produk multimedia.

Antara 5 aplikasi tersebut ialah:
1) Smart Art ( PowerPoint )
2) Microsoft Paint 
3) Online Google Draw
 4) Open Office Draw 
5) GIMP ( GNU Image Manipulation Program )
                                      
              

GIMP

Definisi
GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.Perisian Gimp ini lebih ringan kalau dibandingkan dengan adobe photoshop (PS) yang memerlukan Ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D. Walaupun GIMP ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki  PS dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh GIMP. Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama PS. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. GIMP boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya.

Kelebihan GIMP :-
-Boleh digunakan di PC yang SO-nya Windows, Linux, dan Mac OS
.-Percuma
.-Aplikasinya ringan dan boleh digunakan di komputer yang menggunakan spesifikasi rendah / minimum sekalipun
.-Pemilihan gambar / photo lebih mudah
.-Mengimport / mengeksport gambar / foto ke sambungan SVG.
-Boleh membuat gambar animasi.
-Mampu gambar atau foto memaparkan dari berbagai macam format fail.
-Mengedit layer teks lebih mudah.
-Menyokong pelbagai format fail.
-Boleh ditambahkan pulg-in layaknya Adobe Photoshop tetapi plug-in-nya percuma.
-Jika anda kurang sesuai dengan paparan awalnya, maka anda boleh menggantikannya.
-Bersifat Open Source.

Kekurangan GIMP :-
-Hanya menyokong 8 bits per-channel.
-Masih sedikit plug-in yang tersedia.  


     Berikut adalah serba sedikit ilmu yang saya pelajari dan perolehi pada minggu ini. Saya berharap ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan praktikkan pada masa-masa akan datang. Sekian terima kasih.





MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI       





Monday, November 12, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-9

            Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     Alhamdulillah, pada minggu ini sudah masuk minggu kesembilan sesi pembelajaran saya bagi subjek komputer dalam pendidikan. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula. Perasaan untuk pulang ke desa semakin terasa tetapi perasaan itu perlu ditangguhkan sebentar kerana ingin memberi tumpuan kepada kelas komputer ini.

     Pada minggu lepas Puan Fariza telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat data kuantitatif. Alhamdulillah semuanya telah selesai. kemudian pada minggu lepas juga beliau turut meninggalkan satu lagi tugasan dalam i-folio iaitu 3 soalan mengenai pandangan kami hasil daripada proses pembelajaran Survey Monkey. Kami diminta untuk menjawab 3 soalan tersebut dalam i-folio. Tugasan minggu ini merupakan hasil kesinambungan daripada tugasan pada minggu lepas. Pada minggu ini Puan Fariza menyuruh kami membuat Data Kualitatif mengenai jawapan tersebut.

Data Kuantitatif- Data dalam bentuk angka ataupun peratusan. 
Data Kualitatif- Data dalam bentuk penulisan ataupun ayat.


  • Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.



  • Contoh Data Kualitatif ialah Data temubual,Data Observasi (pemerhatian), Data Bertulis, dan Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian.



Prinsip Menganalisis Data kualitatif

  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Proses Menganalisis Data Kualitatif

  • step 1 - Baca data secara menyeluruh

  • step 2 - Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan

  • step 3 - Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar.
  • step 4 -       Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang   tertinggal

  • step 5 - Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok















Contoh Rajah Pokok 


     Tugasan ini merupakan tugasan pada cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 10-18 november ini. Saya berharap saya dapat menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Puan Fariza. Sekian terima kasih. 




MOHD SAIFUL BIN JOHARE 
SUKAN DAN REKREASI 

Thursday, November 8, 2012

Refleksi Pembelajaran minggu ke-8

     
        Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Sedar tidak sedar sudah masuk minggu kelapan sesi pembelajaran saya bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna sudah separuh perjalanan sesi pembelajaran saya bagi subjek ini. Walaupun kerja yang diberikan semakin bertambah setiap minggu, saya tetap akan menyiapkannya meskipun mengambil masa yang agak lama. Pada minggu lepas kita bercakap tentang Survey Monkey. Tugasan Survey Monkey yang diberikan oleh Puan Fariza telahpun siap. Sesi pembelajaran pada minggu ini pula merupakan kesinambungan daripada proses Survey Monkey. Pada minggu ini Puan Fariza menerangkan tentang SPSS ( Statistical Product and Service) iaitu salah satu pakej statistik paling popular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks dengan arahan yang mudah . Dengan kata mudahnya, SPSS memudahkan analisa sesuatu kaji selidik tanpa menganalisa secara manual . Sebagai contoh, SPSS digunakan selepas kami menyiapkan tugasan questionnaire menggunakan 'surveymonkey' pada minggu lepas . 


SPSS mempunyai 4 window

1) data editor
2) output viewer
3) syntax editor
4) script window

Cara-cara hendak membuka SPSS







Tekan 

Start > All Programs > SPSS Inc > SPSS 16.0 > SPSS 16.0 


Selepas itu anda akan dapat melihat 2 lembaran daripada windows tersebut.

A) Data view 
B) Variable view





Data View ini boleh dikatakan lembaran yang mempunyai data yang kita telah masukkan.

Variable View pula adalah lembaran yang mempunyai maklumat tentang set data. Ia mempunyai 7 colum di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat :


  • Name
  • Type 
  • Width
  • Decimal
  • Label
  • Value  
Bagi memudahkan para pengguna,pelbagai jenis kaedah analisis data yang disediakan seperti pie chart,histogram dan bar chart. Ia juga menyediakan satu jadual dimana terdapat bacaan dalam frequency,percent,valid percent dan cumulative frequency.

Apabila saya sudah kenal dan faham cara-cara untuk mengunakannya,saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat analisis jawapan responden berdasarkan soal selidik yang telah kami jalankan pada minggu yang lepas dengan menggunakan SPSS. Kemudian kami membuat laporan tentang analisis tersebut. Laporan ini merupakan tugasan pada minggu hadapan iaitu minggu kesembilan.

Sekian Terima kasih..


MOHD SAIFUL BIN JOHARE 
SUKAN DAN REKREASI 

Thursday, November 1, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-7

                 
               Assalamualaikum dan salam sejahtera

      Alhamdulillah, pada minggu ini sudah masuk minggu ketujuh sesi pembelajaran saya bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna banyak ilmu-ilmu perkomputeran yang telah saya perolehi setakat ini. Pada minggu ini subjek bagi Komputer Dalam Pendidikan tidak dapat diadakan kerana pada hari khamis iaitu 24 hari bulan 10 telah bermulanya cuti bersempena menyambut hari raya Aidiladha pada 25 haribulan 10. Jadi semua kelas akan ditutup.
   
      Kita telah sedia maklum bahawa Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban disambut bersempena memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s iaitu baginda diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih putera kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail a.s. Dalam peristiwa itu mengajar kita supaya melakukan apa sahaja pengorbanan sama ada masa, harta mahupun nyawa kita sendiri untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Pada Hari Raya Aidiladha,kebanyakan umat islam akan menjalankan ibadah korban seperti menyembelih lembu. Tidak terkecuali juga saya. Saya juga melakukan pengorbanan pada cuti saya ini. Pengorbanan yang dimaksudkan ini bukanlah pengorbanan yang besar tetapi hanyalah mengorbankan sedikit masa bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Fariza Khalid sebelum cuti raya tersebut. Tugasan yang diberikan oleh beliau ialah mengenai kajian soal selidik yang dipanggil Survey Monkey.




  Survey Monkey ialah satu kaedah kaji selidik tentang cara-cara untuk mendapat maklumbalas daripada orang ramai secara atas talian. Survey Monkey ini sesuai untuk mendapat maklum balas orang ramai dengan cepat tanpa perlu hadir untuk menemuramah.


Berikut adalah cara-cara untuk membuat survey monkey:

1) Terokai mana-mana enjin pencarian sama ada google ataupun yahoo.

2) Taip Survey Monkey. Anda boleh juga klik di sini untuk memasuki laman web Survey Monkey itu.

Anda akan dapat melihat paparan ini apabila klik link tersebut.





 
3) Kemudian anda boleh Sign Up sebagaimana yang ditunjukkan anak panah pada rajah diatas. Untuk maklumat anda Sign Up ini adalah secara percuma.

4) Emel dan kata laluan yang akan dibuat adalah sama seperti Emel dan kata laluan YahooMail anda.


5) Setelah selesai akan keluar paparan seperti rajah dibawah ini.











6) Setelah selesai anda perlu tekan create survey.

7) Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat survey monkey berdasarkan turutan nombor yang terdapat pada rajah-rajah dibawah..












8) Puan Fariza menyuruh kami membuat 10 soalan mudah sahaja mengenai tajuk masing-masing yang dibentangkan pada minggu kelima. Tajuk saya ialah Open Source Software. Jadi kaji selidik saya hendaklah mengenai Open Source Software.

9) Akhir sekali Survey Monkey tersebut perlu dihantar ke facebook group masing-masing dan facebook GE1155 bagi mendapat maklumbalas orang ramai. Mudah kan?


Sekian Terima kasih..

MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI