Tuesday, January 1, 2013

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-14

               Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna semua tugasan perlu disiapkan pada minggu ini sebelum bermulanya peperiksaan pada 2 minggu seterusnya. Pada minggu ini Puan Fariza tidak dapat hadir ke kelas kerana beliau ada sedikit masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan doktor. Tugas beliau ini diambil alih oleh Cik Mazalah iaitu rakan sejawat Puan Fariza. Seperti biasa minggu ini ada sedikit tugasan yang diberikan oleh Cik Mazalah kepada kami untuk disiapkan.
Tugasan tersebut ialah dalam Microsoft Office Excel.




   
    Kami dikehendaki membuat Graf Pemarkahan Murid dan Penyata Belanjawan Peribadi. Cik Mazalah menerangkan cara-cara menggunakan Microsoft Office Excel kepada kami dan menerangkan juga kaedah-kaedah untuk membuat Graf pemarkahan murid itu. Melalui penerangan daripada beliau, penggunaan Microsoft Excel ini amat mudah dan sesuai digunakan untuk membuat pengiraan dan pemarkahan sesuatu kerja.


Cara-cara membuat pemarkahan murid
1)    Kami diminta untuk menyenaraikan 10 orang murid beserta dengan nama,subjek dan juga markah bagi setiap murid tersebut di kolum yang terdapat dalam excel sepertimana yang terdapat dalam gambar rajah di bawah..







2)    Masukkan markah pelajar bagi setiap subjek di dalam kolum seperti dalam rajah di bawah. Subjek yang diambil oleh 10 orang pelajar tersebut ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Fizik.




3)    Sediakan satu kotak jadual pemarkahan bagi menentukan gred bagi setiap markah pelajar.



4)    Selepas itu kami perlu membuat pengiraan markah pelajar dengan menggunakan formula yang terdapat dalam Microsoft Office Excel ini. Untuk memudahkan seseorang itu membuat pengiraan,kita hanya perlu klik sahaja di item Formula dan klik di item Insert function untuk membuat pengiraan.




Antara Formula yang perlu dicari ialah :

  • Sum - Jumlah 
  • Max - Markah Maksima
  • Min - Markah Minima
  • Average - Purata
  • STDev - Sisipan Piawaian  
  • Median - Titik Tengah 
  • Mode - Mod  
  • Countif - Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred  
  • VLookup -  Untuk menentukan gred 

5) Rajah di bawah ini merupakan hasil kerja saya daripada tugasan yang diberikan.




6) Kemudian kami diminta untuk membuat graf daripada hasil pemarkahan pelajar berikut.
cara-cara untuk memasukkan graf atau carta ialah tekan new sheet untuk membuat muka baru dan tekan insert serta bar. Pilih bar yang anda inginkan dan klik sahaja. Rajah di bawah ini ada hasil kerja saya bagi membuat graf.



      Alhamdulillah syukur kepada Allah,semuanya telah selesai dan ini merupakan kelas terakhir bagi subjek ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Fariza yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami. Jasa baik  beliau tidak akan kami lupakan . Kepada DR Siti Fatimah binti Mohd Yassin,terima kasih banyak-banyak kerana membimbing kami agar lebih arif tentang dunia ICT ini. Tidak lupa juga kepada Cik Mazalah yang mengajar kami pada minggu ini. Walaupun hanya sekejap sahaja beliau mengajar tetapi ilmu yang beliau berikan amat berguna sepanjang masa. Kepada ibu bapa saya,terima kasih atas segala pertolongan dan memberikan saya sebuah komputer riba. Tanpa pertolongan daripada mereka itu,kerja saya tidak akan selesai . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja. Semoga berjaya dalam peperiksaan ini dan bertemu lagi di lain masa. Sekian, terima Kasih.





MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI







No comments:

Post a Comment