Monday, October 29, 2012

Refleksi pembelajaran Minggu ke-6

     

                                   Assalamualaikum dan salam sejahtera

      Pada minggu ini ada sedikit perubahan pada sesi pembelajaran kami bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini kami dikehendaki oleh Puan Fariza untuk pergi ke Perpustakaan Tun Seri Lanang iaitu Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengikuti taklimat kursus perkomputeran. Hal ini juga merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di perpustakaan tersebut. Suasana di perpustakaan itu sungguh tenang dan nyaman sesuai untuk pelajar mentelaah buku. Pada minggu ini Puan Fariza tidak mengajar kami sebaliknya tugas itu diberikan kepada penceramah perpustakaan iaitu Puan Shaizimah Hj Badzri.

     Dalam kursus ini beliau menerangkan cara-cara pelajar meminjam dan menempah buku yang akan dipinjam di Perpustakaan secara atas talian. Beliau juga memberi maklumat secara terperinci tentang cara itu kepada kami. Beliau memberitahu laman web bagi perpustakaan tersebut iaitu Gemilang UKM library catalogue.
Setelah kita menaip laman web itu di mana-mana enjin pencarian dalam internet dan akan keluar item seperti ini :





   Kemudian kita tekan item keyword dan menulis tajuk buku yang kita ingin cari dan pinjam di Browser. Selepas itu kita akan dapat mengetahui sama buku yang kita ingin cari ada di perpustakaan itu atau tidak.
Antara tujuan lain :
1) Mengetahui sama ada buku itu sedang dipinjam atau tidak.
2) Mengetahui kedudukan buku itu disimpan. 


Pada pembelajaran kedua pula, beliau menerangkan cara-cara pelajar untuk mencari maklumat menggunakan laman web perpustakaan tersebut. Antara pangkalan data yang terdapat dalam laman web di perpustakaan itu ialah SCOPUS, JetP, JSTOR, ProQuest, EbscoHost dan banyak lagi tetapi yang sempat diajar pada hari itu tiga pangkalan data utama sahaja iaitu JetP, ProQuest dan EbscoHost.
Anda boleh memasuki terus pangkalan data tersebut dengan cara klik sahaja di perkataan berwarna di atas.

Setelah memasuki laman web itu, anda perlu memasukkan no matriks dan no password yang sama digunakan bagi ifolio anda. Kemudian anda boleh mencari sebarang maklumat dengan mengklik butang search sahaja.

                                                                                     
       












        Minggu ini saya telah mendapat banyak ilmu tentang cara-cara mencari atau meminjam buku dan mencari maklumat menggunakan laman web Perpustakaan Tun Seri Lanang. Hal ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya dan InsyaAllah saya akan praktikkan ilmu ini dalam memudahkan proses pembelajaran saya nanti.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Shaizimah kerana memberi penerangan ini dan Puan Fariza yang menjadi pengelola bagi kursus ini dan rakan-rakan yang sanggup hadir ke kursus perkomputeran.

Sekian Terima Kasih


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-5



             Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

       Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu kelima sesi pembelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Alhamdulillah setakat ini saya masih dapat mengikuti sesi pembelajaran saya tanpa sebarang masalah kesihatan yang berlaku. Setakat minggu kelima ini juga makin bertambah ilmu saya dalam bidang perkomputeran ini. Minggu ini kami perlu menyiapkan segera tugasan yang diberikan oleh Dr Fatimah pada 2 minggu lepas iaitu tugasan secara berkumpulan. Kumpulan saya bersama rakan saya iaitu Firdaus Bin Hanafi mendapat tajuk Open Source Software. Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat pembentangan tentang tajuk kumpulan masing-masing oleh Puan Fariza Binti Khalid. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah Open Source Software, Online Forum, 21st Century Skills, Thinking Skills and ICT, Internet and Computer Security and Original and Licensed Software. Hal ini makin bertambahlah ilmu saya dalam tajuk-tajuk yang telah dibentangkan ini. Setelah berminggu-minggu saya dan Firdaus berbincang dan mencari maklumat tentang Open Source Software, akhirnya kami dapat memahami apa itu Open Source Software.
Berikut adalah maklumat-maklumat tentang Open Source Software:




Open Source Software ialah perisian komputer yang disediakan dengan kod sumber: kod sumber dan hak-hak tertentu lain yang biasanya dikhaskan untuk pemegang hak cipta yang diperuntukkan di bawah lesen sumber terbuka yang membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki dan pada masa-masa juga untuk mengedarkan perisian. Perisian ini juga merupakan perisian secara percuma apabila menggunakannya.
Perisian sumber terbuka dibangunkan dengan cara yang awam, kerjasama. Perisian sumber terbuka adalah contoh yang paling menonjol pembangunan sumber terbuka dan sering dibandingkan dengan (teknikalnya ditakrifkan) kandungan janaan pengguna atau (undang-undang yang ditakrifkan) pergerakan kandungan terbuka.





Contoh-contoh Open Source Software
1) Linux
2) GNOME
3) KDE
4) Apache
5) Firefox
6) Dovecot                                                                        
7) Postfix
8) Squirrelmail
9) Thunderbird
10) OpenOffice
11) KOffice
12) FreeSWITCH
13) Zope




Kebaikan Open Source Software
1) Membantu mendapatkan maklumat
2) Mengeratkan hubungan silaturahim- facebook,twitter.
3) medium menyebarkan maklumat dan ilmu
4) Membantu dalam sesuatu urusan seperti memperkembangkan perniagaan
5) Satu perisian tanpa bayaran apabila menggunakannya



Keburukan Open Source Software
1) Boleh menjadi medium penyebaran fitnah
2) Terdedah kepada maklumat-maklumat palsu
3) Terdedah kepada bahan-bahan lucah
4) Mudah berlaku kecurian maklumat


   Berikut adalah serba ringkas mengenai Open Source Software yang saya kaji dan pelajari. Kebaikan dan Keburukan Open Source Software itu bergantung kepada sikap penggunanya sendiri. Jadi kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dalam menggunakan Open Source Software dalam kehidupan kita. Sekian..
Terima Kasih..


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI

Thursday, October 11, 2012

Refleksi pembelajaran minggu ke-4


                                        REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-4 


                                                Assalamualaikum dan selamat sejahtera

     Alhamdulillah sudah sampai minggu ke-4 sesi pembelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Hal ini bermakna ilmu pengetahuan saya tentang bidang ICT ini kian bertambah. Pada minggu ini Puan Fariza Binti Khalid iaitu Pensyarah bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan memasuki kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran. Sebelum saya menceritakan apa yang terjadi minggu ini, saya ingin mengingatkan ada tugasan yang diberikan oleh Dr Siti Fatimah Binti Yassin iaitu Penyelaras subjek ini pada minggu lepas. Pada minggu lepas juga saya ada menerangkan apa itu LMS/CMS didalam blog saya. Tugasan pertama yang diberikannya itu telah selesai. Pada minggu ini pula Puan Fariza menerangkan satu lagi ilmu tentang ICT ini. Ilmu itu ialah tentang Web 2.0. Hal ini merupakan perkara baharu bagi saya kerana sebelum ini saya belum pernah mengetahui tentang kewujudannya. Beliau telah menerangkan banyak perkara tentang Web 2.0 kepada kami. Hal ini sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang Web 2.0. Persoalannya apakah itu Web 2.0?


     Web 2.0 adalah satu konsep yang mengambil rangkaian sebagai platform untuk perkongsian maklumat,saling boleh kendali,reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di internet atau web seluruh dunia. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu rangkaian untuk pengguna menyebarkan maklumat dan berkomunikasi dalam internet.

Contoh bagi Web 2.0 :
1) Blog
2) Laman rangkaian sosial - Facebook,Yahoo Mail              
3)Perkongsian video- You Tube
4)Wikis
5)Perkhidmatan dihoskan
6)Aplikasi web
7)Campuran

Ciri-ciri web 2.0 :
web 2.0 laman web membolehkan pengguna untuk melakukan lebih daripada sekadar mendapatkan maklumat

- Dengan meningkatkan apa yang sudah didapati dalam web 1.0, mereka menyediakan pengguna dengan kemudahan pengguna-muka, perisian dan penyimpanan lebih, semua melalui pelayar mereka


Ciri-ciri dalam web 2.0
1) Carian
-Mencari maklumat melalui carian kata kunci
2)Pautan
-Menghubungkan maklumat bersama-sama ke dalam maklumat yang bermakna ekosistem menggunakan model web dan menyediakan penghalang rendah alat sosial.
3)Penulisan
-Keupayaan untuk mewujudkan dan mengemaskini kandungan membawa kepada kerja kerjasama ramai dan bukannya hanya beberapa penulis web. Di wiki, pengguna boleh melanjutkan, buka dan buat semula kerja masing-masing. Dalam blog, kiriman dan komen individu membina perlindungan.
4)Tags
Pengkategorian kandungan oleh pengguna menambah "tag" pendek, biasanya satu perkataan penerangan untuk memudahkan mencari, tanpa pergantungan kepada kategori pra-mod. Ini termasuk perisian seperti Adobe Reader, Adobe Flash Player, Microsoft Silverlight, Oracle Jawa, Quick Time, Windows Media dan sebagainya.
5)isyarat
Penggunaan tecnology Sindiket seperti RSS untuk memberitahu pengguna perubahan kandungan. Walaupun slates membentuk kerangka asas Enterprise 2.0, ia tidak bercanggah dengan semua corak peringkat yang lebih tinggi reka bentuk web 2.0 dan model perniagaan.



       Itulah serba sedikit penerangan saya mengenai Web 2.0 yang saya telah pelajari pada minggu ini.. Saya mendapat segala penerangan mengenai Web 2.0 daripada Pn.Fariza. Setelah mendengar penerangan daripada beliau saya telah faham apa itu Web 2.0. Banyak maklumat dan ilmu berguna yang saya perolehi pada minggu ini. Alhamdulillah minggu keempat telah pun selesai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Fariza yang telah mengajar kami pada minggu ini. Saya berharap saya dapat mengetahui lagi maklumat tentang bidang ICT yang akan saya pelajari pada minggu depan. Saya juga berharap tugasan berkumpulan antara saya dengan Firdaus yang diberikan oleh Dr Siti Fatimah iaitu mengkaji apa itu Open Source Software pada minggu lepas akan disiapkan pada minggu hadapan. Sekian terima kasih.





MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI

Wednesday, October 3, 2012

Refleksi minggu ke-3


               
                                          REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-3






                                                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

     Pada minggu ke-3 ini, Puan fariza Khalid iaitu pensyarah bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan bagi kumpulan S1K5 tidak dapat hadir ke kelas kerana beliau ada urusan di Brunei. Oleh itu tugasan beliau sebagai pengajar diganti oleh Dr Siti Fatimah Binti Mohamad Yassin iaitu penyelaras bagi subjek ini. Dr Siti telah hadir ke kelas untuk menerangkan tentang satu lagi perisian komputer serta memberi tugasan baharu kepada kami. Perisian komputer itu ialah DropBox.

     Pada permulaan kelas Dr Siti menyuruh kami untuk membuat akaun DropBox tersebut. Cara membuat akaun tersebut sama sahaja seperti membuat akaun-akaun lain seperti akaun facebook atau akaun yahoo.




Aplikasi DropBox merupakan aplikasi yang boleh menyimpan maklumat atau data dengan selamat tanpa sebarang kehilangan atau serangan virus. Aplikasi ini juga jauh lebih baik daripada penggunaan USB drive yang mendatangkan risiko kehilangan,kecurian dan serangan virus. Dengan menyimpan data atau maklumat dalam DropBox,ianya akan lebih selamat. Aplikasi ini bukan sahaja boleh menyimpan data malah boleh juga menyimpan gambar ataupun video.

     Selepas kami membuka akaun DropBox,Dr.Siti memberi satu lagi tugasan iaitu menyuruh kami mencari maklumat mengenai CMS/LMS ( Course/Learning Management System). Beliau menyuruh kami mencari maklumat mengenai sistem itu melalui enjin pencarian sama ada google ataupun yahoo. Segala maklumat yang akan kami perolehi itu akan disebarkan melalui medium Yahoo Group yang telah dibuat pada minggu lepas untuk dikongsi oleh rakan-rakan yang lain. Tugasan yang diberikan pada minggu ini agak susah kerana maklumat yang diberikan dalam enjin pencarian berbahasa inggeris. Oleh itu kami perlu terjemahkannya dalam bahasa melayu. Itu yang menjadi masalah kepada kami disamping untuk memahami apa itu CMS/LMS. Berikut adalah maklumat tentang LMS/CMS yang didapati daripada enjin pencarian Google :

       LMS(Learning Management System) atau Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah satu aplikasi perisian untuk menguruskan pentadbiran,penggunaan layan diri,menghimpun dan menyampaikan pembelajaran secara pesat,menyatukan sumber latihan berskala,sokongan mudah alih,memperibadikan maklumat dan menyediakan latihan pembelajaran secara web atau talian. Sebagai contoh LMS di UKM ialah i-folio.



Antara kelebihan LMS
1) pelajaran berpusat
- Semua pelajar boleh mengakses LMS pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pelajar itu berada serta mempunyai sambungan internet.
-Selain itu LMS memastikan pelajar mendapat maklumat yang tepat dan sama walaupun mengakses LMS di tempat yang berbeza.

2) Laporan meningkatkan prestasi
-LMS membolehkan tenaga pengajar/ sebuah organisasi melihat perjalanan pembelajaran,mengesan kemajuan,rekod kajian pembelajaran dan boleh menambah informasi & kursus-kursus tambahan.

3)penilaian segera
-tenaga pengajar boleh menyemak rekod keputusan para pelajar untuk menentukan tahap kejayaan dan masa sebenar yang diambil oleh seseorang pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

4) Interaksi antara satu sama lain
-pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi secara terus dengan pensyarah serta pensyarah boleh meletakkan latihan atau kuiz melalui LMS. Sebarang keraguan pelajar boleh bertanya terus kepada pensyarah.








CMS(Course Management System) atau sistem pengurusan kursus dikuatkuasakan oleh Blackboard yang juga berasaskan web. Ia adalah bertujuan untuk membolehkan tenaga pengajar dan pelajar menyampaikan:
1) bahan-bahan kursus
2)mengemukakan tugasan
3)ujian
4)gred
5)pandangan
6)aktiviti kuiz
7)perkongsian maklumat

Fungsi CMS
1) satu kawasan fakulti boleh menghantar bahan-bahan kelas seperti sukatan pelajaran,tugasan dan lain-lain.

2) satu e-mel bersepadu membolehkan pelajar mengemukakan pengumuman dan mesej kepada seluruh kelas tentang pembelajaran.

3) satu alat komunikasi untuk pelajar membincangkan masalah,mengemukakan pendapat serta maklumat dan menambah info-info baru.




     











   
                  Contoh CMS bagi UKM




        Kemudian Dr.Siti memberi satu lagi tugasan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 2 orang ahli. Tugasan ini merupakan tugasan pada minggu ke-4. Beliau memberi tugasan itu pada minggu ini kerana pada minggu hadapan Pn.Fariza pula akan mengambil alih tugas beliau itu. Pn.Fariza yang akan membimbing kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan itu. Tugasan itu ialah beliau menyuruh kami mencari maklumat tentang 21st Century Skills,Thinking skills and ICT,Internet and computer Security,Original and licensed software,Open Source Software,Web 2.0 in education atau E-Learning&Mobile learning. Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan salah satu daripada tajuk itu. Saya dan rakan saya Firdaus Hanafi diberi tugasan bertajuk Open Source Software. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat mengenai tajuk masing-masing. Kemudian dikongsi dan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Tugasan ini sama sahaja seperti tugasan mencari maklumat mengenai CMS/LMS cuma perbezaannya adalah secara berkumpulan dan individu.

      Pada pendapat saya minggu ini penuh dengan tugasan dan tugasannya agak mencabar. Oleh itu saya berharap tugasan ini dapat disiapkan sebelum tugasan lain diberikan pada minggu-minggu yang akan datang. Saya juga berharap Pn.Fariza dapat menolong dan membimbing kami bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Sekian terima kasih.


MOHD SAIFUL BIN JOHARE
SUKAN DAN REKREASI